Assalamualaikum, hai semua :)
Hari ini saya akan menceritakan tentang Minggu Mesra Mahasiswa atau lebih dikenali 3M. 3M merupakan minggu orientasi kepada pelajar baru di ukm . Ianya berlangsung selama seminggu dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah ditetapkan. Orientasi yang dijalankan di ukm sangat seronok dan sempoi sempoi gitewwww , sumpah best !
ISNIN : 2 September 2019
Hari yang ditunggu-tunggu untuk pendaftaran pelajar . Saya dikehendaki untuk mendaftar pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari . Saya bergerak dari Putrajaya ke ukm pada pukul 8.30 pagi dan mengambil masa 15minit untuk sampai. Setibanya di sana, saya mendaftar diri di foyer untuk mengambil kunci bilik dan kad matrik. Saya mendapat kolej Aminuddin Baki yang lebih dikenali sebagai KAB. Ianya merupakan kolej yang paling power dan paling gah dalam aktiviti SUKAM. (hihihi riak jap)
Pada pukul 4.30 petang, kami dikehendaki berkumpul di dataran K4 bagi mendengar taklimat mengenai kolej kediaman. Pada sebelah malam pula, kami dikehendaki memakai pakaian rasmi UKM iaitu baju kurung berwarna merah dan tudung putih bagi ‘Sesi Ramah Mesra’. Ianya merupakan sesi perkenalan bersama pengetua kolej, barisan pentadbiran kolej dan felo felo kolej.
Hari Pendaftaran |
Malam "Sesi Ramah Mesra" |
SELASA & RABU : 3,4 September 2019
Hari berkenal-kenalan di fakulti. Kami diarah berkumpul pada pukul 7pagi untuk sarapan terlebih dahulu sebelum kami dipisahkan mengikut fakulti masing-masing. Saya merupakan fakulti ekonomi dan pengurusan (FEP). Terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dijalankan. Antaranya ialah kenali FEP dimana kami dibahagikan mengikut kumpulan dan dikehendaki menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Kami juga diberi pendedahan yang lebih mendalam tentang FEP dan terdapat juga sesi suai kenal bersama bekas alumni UKM yang menceritakan pengalaman beliau serta cara-cara belajar yang diamalkan.
Pada sebelah malam pula, kami dikehendaki turun ke dataran K4 untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang KAB sediakan. Iaitu membuat cheers, menyanyikan lagu KAB, mendengar taklimat berkaitan rasuah dan sebagainya. Yang paling best best sumpah best, aktiviti yang dilakukan akan habis pada pukul 10.30 malam yuhuu yeayyy balik tidur ! jarang jarang kan orientasi habis awal hehe :D
Aktiviti malam |
KHAMIS : 5 September 2019
Hello dap dip dup ! Macam biasalah kami dikehendaki berkumpul pada pukul 7pagi untuk sarapan sebelum bergerak ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Di sini, kami disusun mengikut kolej masing-masing bagi memastikan kelancaran program. Slot pertama kami ialah slot bersama pengerusi UKM dan seterusnya naib canselor UKM yang memberikan kata-kata semangat serta penghargaan kepada pelajar baru UKM tahun 2019/2020. Kami juga mengetuai majlis ikrar pelajar baru UKM sebagai bukti merupakan pelajar UKM tahun 2019/2020.
Tibalah saat yang paling mendebarkan, jeng jeng jeng … Perang DECTAR !!! Ianya merupakan perang antara kolej dimana setiap kolej akan melaungkan cheers masing-masing bagi menunjukkan kolej mana yang paling hebat. Perang ini berlangsung sehingga pukul 6 petang dan semestinya KAB mempunyai cheers yang palingg gah iaitu ‘Singa Biru Aumm’ dan ‘Amin Cuak Tak ?’ yang amat ditunggu-tunggu oleh kolej-kolej lain. (ecewahh giteww)
Pada malam pula, kami diarahkan untuk mengendalikan program majlis penutup minggu MMM serta minggu kemerdekaan. Kami dibahagikan kepada 11 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugasan masing-masing iaitu mengendalikan jamuan, protokol dan keselamatan, keceriaan dan sebangainya. Kumpulan kami dikehendaki membuat persembahan. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan lagi dimana kumpulan saya ditugaskan untuk mempersembahkan dikir barat.
Keadaan dalam DECTAR |
JUMAAT : 6 September 2019
Hari terakhir bagi MMM. Kami dibahagikan mengikut domain masing-masing. Antaranya domain kesukarelawan, keusahawan, inovasi, sukan dan sebagainya. Pada sebelah pagi, saya memilih domain sukan. Dimana kami diajar cara-cara untuk bermain golf, membuat balingan bola kriket dan futsal. Manakala sebelah petang pula, saya memilih domain keusahawanan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki mencipta satu inovasi yang dapat memudahkan sesuatu kerja serta menjimatkan masa.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Majlis penutupan minggu MMM yang diadakan di dataran K4 KAB. Tetamu yang hadir adalah pengetua kolej, felo felo kolej, pemudah-pemudah cara dan pelajar-pelajar baru KAB tahun 2019/2020. Terdapat 3 persembahan yang kami sampaikan bersempena kemerdekaan dan minggu MMM iaitu persembahan koir, senamrobik dan dikir barat. Saat yang paling mendebarkan apabila kumpulan kami merupakan kumpulan pertama untuk membuat persembahan dikir barat .Alhamdulillah, pembukaan yang sangat menarik serta telah memikat hati para tetamu. Majlis berjalan sangat lancar dan baik seperti yang dirancang. Now, i really miss my MMM :( orientasi yang sangat sempoi dan enjoy gilaa. Best best sumpah best ! Bye, ketemu lagi yaaa ;)
Domain Sukan |
Domain Keusahawanan |
Geng Dikir Barat |
Salam Izzah,
BalasPadamContent good. Presentation good. ada gambar and colorful background. very good.
however u missed to include your label.correct that ok.
Other than that, good job. keep it up!