Ahad, 20 Oktober 2019

COOKING TIMEE 👩‍🍳🍩🍸 !

Assalamualaikum & hello everybody !

Welcome back to my blog hahahaha. Today, i want to share with you guys abouttttt my passion ! I like cookingg and eat. Actually, takdelah minat sangat masak tapi bolehlah buat ada ada kan hahahaha. Setakat masak yang simple simple retilahh (ewah riaknya) tapi kalau suruh masak rendang memang fail. Seronok sebenarnya masak ni, nak nak bila kita masak, family makan pulaktu even tak sedap. Tapi puaslaa sebab macam rasa dihargai gittew (macam gitulah agaknya perasan mak mak kan bila tengok anak makan masakan dia 😉).Tapi sebenarnya kan, saya lebih suka buat kek ke roti ke cemtu. Kalau lauk ni kureng sikit, iyelah kang tak sedap takde sapa makan even tau diorang akan makan jugaa 😜 Paling paling rindu nak masak sesama dengan mak, akak, adik. Iyelah bukan selalu kan dapat masak sama sama. Kalau masa bulan puasa, setiap hari kena tolong mak masak, kesianla mak balik kerja penat nak kena masak sorang-sorang pulak. So, akak adik semua bukan mesti tolong tapi wajib tolong siapkan makanan berbuka (hahaha macam paksa pulak). Kalau tak tolong, takyah berbuka 😱 Masa-masa macamtu jarang kot nak dapat nak nak bila dah sambung belajar 😢 Then, kalau hari cuti macamtu, bosan kan duduk rumah. So, ajakla akak adik buat minum petang ke pastu makan kat depan rumah (acah acah picnic gittew) rindu gilaa kot 😭 Kalau malam pula rasa rasa lapar tapi taknak makan nasi, ajakla diorang buat roti sardin ke goreng goreng ke lepastu makan sama sama sambil tengok movie hahaha. Diorang ni kalau bab bab makan ni memang laju, jaranglaa tolak makanan 🤣 Hm, i very very very miss them 😭😘. Okay, let's start !


Air and onde onde buah melakaa for berbuka 😋 bolehlah try buat air soda + laici + cincau + daun pudina sikit (bagi wangi wangi gitu) + ais = superbbbbb 👍 onde onde buah melaka sekali makan pasti nak lagi (sumpah tak tipu) bila gigit cair dimulut giteww (okay terliur hahahah)                         

          


Lunch time !  Masak lemak ketam for the first time ! Nasib baikla menjadi hahahaha. Rupa buruk sikit tapi rasa cenggini 👌 tip toppppp !

 


Minum petangggggg ! Roti sosej cheese, cempedak goreng, sandwich dan popiaa ketam 🤙🥪🌭
nak order boleh pm saya hahahaha

 



Movie time with siblings 💜! Nasi goreng campak campak is doneee yayyyyyy ✌ Masa ni jelah nak manja manja masa lain takleh (geli hahaha)



Last, asik masakan kampung je kan, mesti boring. Sesekali apa kata jadi mat salleh gittew. Taraaaaa, sayaa persembahkan spaghetti bolognese and brownies ala ala khairul aminggg by izzah hahaha🍝🎂

                               

Thankyou for spending your time. Jumpa lagi dalam blog seterusnyaaa, bye !😎🙌




Ahad, 13 Oktober 2019

AMINUDDIN BAKI, SUMPAH BEST 👍🏠🎈!!!

Assalamualaikum semua :)

Harini saya  akan menceritakan tentang kolej kediaman yang saya duduki. Terlebih dahulu , di UKM terdapat 12 kolej kediaman (banyak bukan). Dalam 12 kolej tersebut, saya telah terpilih untuk menjadi penghuni KOLEJ AMINNUDDIN BAKI ! Kolej ini merupakan kolej kediaman kedua yang dibuka sekaligus menjadikannya kolej yang tertua selepas Kolej Dato' Onn. Kolej ini dikenali Kolej B iaitu Bestari atau KAB. KAB merupakan kolej yang paling hebat dan paling ditakuti oleh kolej-kolej lain (hahahaha gitew). Bukan itu sahaja, KAB juga adalah kolej sukan dan merupakan johan SUKEM 8 kali berturut-turut (hebat bukan hahaha riak jap).



Bangunan KAB

Di KAB, terdapat beberapa blok antaranya K4,K5 dan K6. Saya dapat blok K5C dimana satu bilik 2 orang dan sebelah blok saya ialah foyer. Foyer terbahagi kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah. Bahagian bawah, terdapat surau, kaunter pertanyaan dan bilik rawatan. Manakala bahagian atas terdapat cafe dan B-mart. Cafe beroperasi dari tengahari sehingga pukul 12malam. So, kalau rasa lapar tengah malam tu bolehlah turun makan dan perut kenyang hatipun senang (yayyyy :p). Makanan yang dijual sangat berpatutan dan sedap (berbaloi gilalah kalau beli). B-mart pula menjual pelbagai keperluan seperti alat tulis, makanan dan banyak lagi. Kalau rasa malas nak turun tapi lapar, jangan risau ya kamu kamu semua. B-mart ada menyediakan delivery makanan. Order-order sampai depan pintu bilik gitewww 🤣 

Disebabkan KAB kolej yang paling lama, so takdelah banyak sangat kemudahan seperti kolej-kolej lain. Tapi KAB merupakan kolej yang terdekat dengan FEP, PTSL(perpustakaan) dan pusanika. So, kalau rasa nak makan oden boleh pergi makan kat ptsl. Nak makan mee tarik, boleh pergi pusanika. Kiranya siapa dapat KAB memang beruntungla sebab dia kat tengah-tengah ( mana-mana nak pergi dekat).

Bukan itu sahaja, kolej KAB mempunyai visi dan misi tersendiri. Visi KAB ialah menjadi kolej kediamaan terpilih yang menyediakan perkhidmatan dan persekitaran kondusif ke arah melahirkan modal insan yang berdaya saing melalui penerokaan ilmu, pembentukan budaya dan pembangunan jati diri yang holistik. Manakala misi pula ialah Kolej Aminuddin Baki bertekad menjadi kolej kediaman terkehadapan dalam membentuk pelajar berilmu yang berminda global dan berketrampilan tinggi sederap dengan hasrat universiti. KAB juga mempunyai lagu kolej yang hebat hebat sumpah hebat ! sekali dengar pasti jatuh cinta pada KAB (ewahhh). Haa tidak lupa juga pada cheers KAB yang paling ditunggu-tunggu oleh kolej lain semasa Perang Dectar (betapa gempaknya cheers KAB sampai orang ternanti-nanti hahahaha). Bye, jumpa lagi yaaa ;)


LAGU KAB !

CHEERS KAB !
   

                         
                    Last, CHEERS KAB yang ditunggu-tunggu oleh semua 😜😂












Ahad, 6 Oktober 2019

Rumetsssss 👩😍👀!

Assalamualaikum everyoneee !

I'm back with new story (excited tak excited tak hahaha). Harini saya nak cerita tentang jeng jeng jeng .... My new roommate in UKM ! (cewahh gitew) iyelah tempat baru mestilah kena orang baru juga kan hahahaha. Okaylah disebabakan terlampau excited sangat so saya gigihkan diri cari kat telegram sapa sebilik dengan saya. And finally, jumpa juga rumet hahaha (kalau tak jumpa memang nangis tepi bucu katil. okay tak tipu jew). Padahal boleh je nnti kat sana baru jumpa kan, barulah surprisee gitewww tapi sebabkan mengada kan heee. Kenal punya kenal rupanya rumet saya pun matrik Melaka juga (hahaha keciknya dunia ni). Tapi saya tak kenal dia, muka dia pun rasa tak pernah nampak (tak famous lettew hahaha gurau je ) padahal kitaorang satu kos cuma tak satu kuliah je. Yelah ramai kot pelajar, tak sempatla nak kenal satu satu kan kihkih 🤣 okay, let's start !




Haaa tudiaa rumetku terchentaaa, Nor Ain Farhana binti Mohtadin. Berasal dari Semenyih, Batu Pahat. Orangnya kecik kecik, comel comel gitu 🙄 tapi garang yakmat kalah rimau hahahah (okay tipu). Dahla kitaorang rumet, satu Fakulti Ekonomi & Pengurusan, satu kos Pentadbiran Perniagaan, haa satu apa lagi ? semua samalahhh yang penting dari jadual sampai ke citra sama hahaha (memang takleh berpisah sikitlaa) Hari hari tengok muka dia, jemu jugaa (tak tak gurau jelah). Tapi bila dia takde, perghhh sunyi gila rasa hahahaha. Mana taknya, takde teman gossip, teman makan, takde orang nak bebel , nak kacau kan. Paling paling rindu nak dengar dia nyanyi lagu tiktok dia tu hahahaha 😛 Marilah kita tengok gambar kawan kawan !

Fisrt outing bersama 🤘


Malam terakhir MMM 


Meci meci p kelassss 👅
                                                                         
Otw PTSL, gambo dulu 🙆‍♀️