Ahad, 13 Oktober 2019

AMINUDDIN BAKI, SUMPAH BEST 👍🏠🎈!!!

Assalamualaikum semua :)

Harini saya  akan menceritakan tentang kolej kediaman yang saya duduki. Terlebih dahulu , di UKM terdapat 12 kolej kediaman (banyak bukan). Dalam 12 kolej tersebut, saya telah terpilih untuk menjadi penghuni KOLEJ AMINNUDDIN BAKI ! Kolej ini merupakan kolej kediaman kedua yang dibuka sekaligus menjadikannya kolej yang tertua selepas Kolej Dato' Onn. Kolej ini dikenali Kolej B iaitu Bestari atau KAB. KAB merupakan kolej yang paling hebat dan paling ditakuti oleh kolej-kolej lain (hahahaha gitew). Bukan itu sahaja, KAB juga adalah kolej sukan dan merupakan johan SUKEM 8 kali berturut-turut (hebat bukan hahaha riak jap).



Bangunan KAB

Di KAB, terdapat beberapa blok antaranya K4,K5 dan K6. Saya dapat blok K5C dimana satu bilik 2 orang dan sebelah blok saya ialah foyer. Foyer terbahagi kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah. Bahagian bawah, terdapat surau, kaunter pertanyaan dan bilik rawatan. Manakala bahagian atas terdapat cafe dan B-mart. Cafe beroperasi dari tengahari sehingga pukul 12malam. So, kalau rasa lapar tengah malam tu bolehlah turun makan dan perut kenyang hatipun senang (yayyyy :p). Makanan yang dijual sangat berpatutan dan sedap (berbaloi gilalah kalau beli). B-mart pula menjual pelbagai keperluan seperti alat tulis, makanan dan banyak lagi. Kalau rasa malas nak turun tapi lapar, jangan risau ya kamu kamu semua. B-mart ada menyediakan delivery makanan. Order-order sampai depan pintu bilik gitewww 🤣 

Disebabkan KAB kolej yang paling lama, so takdelah banyak sangat kemudahan seperti kolej-kolej lain. Tapi KAB merupakan kolej yang terdekat dengan FEP, PTSL(perpustakaan) dan pusanika. So, kalau rasa nak makan oden boleh pergi makan kat ptsl. Nak makan mee tarik, boleh pergi pusanika. Kiranya siapa dapat KAB memang beruntungla sebab dia kat tengah-tengah ( mana-mana nak pergi dekat).

Bukan itu sahaja, kolej KAB mempunyai visi dan misi tersendiri. Visi KAB ialah menjadi kolej kediamaan terpilih yang menyediakan perkhidmatan dan persekitaran kondusif ke arah melahirkan modal insan yang berdaya saing melalui penerokaan ilmu, pembentukan budaya dan pembangunan jati diri yang holistik. Manakala misi pula ialah Kolej Aminuddin Baki bertekad menjadi kolej kediaman terkehadapan dalam membentuk pelajar berilmu yang berminda global dan berketrampilan tinggi sederap dengan hasrat universiti. KAB juga mempunyai lagu kolej yang hebat hebat sumpah hebat ! sekali dengar pasti jatuh cinta pada KAB (ewahhh). Haa tidak lupa juga pada cheers KAB yang paling ditunggu-tunggu oleh kolej lain semasa Perang Dectar (betapa gempaknya cheers KAB sampai orang ternanti-nanti hahahaha). Bye, jumpa lagi yaaa ;)


LAGU KAB !

CHEERS KAB !
   

                         
                    Last, CHEERS KAB yang ditunggu-tunggu oleh semua 😜😂












Tiada ulasan:

Catat Ulasan