Jumaat, 6 Disember 2019

HTML & CSS ❓❔😡

Assalamualaikum dan hello everyone πŸ‘‹πŸΌ !
Selamat datang saya ucapkan kepada yang baru menjengah blog saya dan selamat kembali kepada yang sentiasa setia dengan saya ( haa gitew hahaha). Saya doakan semoga anda semua dalam keadaan sihat dan gembira πŸ₯° 

Related image
Flying Kiss buat semua hiksss !
Em em, hari ini saya nak cerita apa ek  πŸ₯± ? Haa, saya rasa saya nak bercerita tentang apa yang saya belajar di kelas aplikasi komputer baru-baru ini. Kelas ini setiap hari selasa pada pukul 2-5 petang. Selama 3 jam, saya perlu gagahkan diri daripada tertidur di dalam kelas (kelas dalam aircond, memang sedap tidur hehe) dan saya berjaya menahan mata daripada tidur (yayyy). Pada hari selasa yang lalu, saya telah belajar mengenai HTML, CSS dan Javascipt. Tapi, saya cuma nak ceritakan tentang HTML dan CSS sahaja 😜 Ha apa tunggu lagi mohle saya terangkan one by one !


HTML (Hypertext Markup Language) adalah bahasa standard penganturcaraan untuk membuat suatu laman web yang terdiri daripada kod-kod ringkas tertentu, dimana kod-kod tersebut akan memerintahkan pelayar web (Web Browser) untuk memaparkan laman web (website)  yang terdiri daripada format paparan seperti teks, grafik, animasi link ataupun audio dan video.

Alat-alat pengekodan HTML?
  1. Editor Teks seperti Notepad, Edit Teks dan Kurungan
  2. Notepad ++

FUNGSI HTML :

  • Mencipta, mereka dan mengawal paparan dari webpage serta kandunganya.
  • Memaparkan dokumen secara atas talian sehingga boleh diakses dan dilihat dari seluruh dunia.
  • Mencipta borang online yang boleh digunakan untuk menguruskan pendaftaran dan transaksi secara atas talian.
  • Menambah objek-objek seperti imej, audio, video dan juga Java dalam dokumen HTML
Tag & Elemen dalam HTML :




Contoh HTML :





Bagaimana pula dengan CSS ?


CSS adalah singkatan daripada Cascading Style Standing. Ianya merupakan bahasa lembaran gaya (style sheet language) yang digunakan untuk menggambarkan rupa dan memformat dokumen yang ditulis dalam bahasa markup (HTML). CSS  juga boleh digunakan untuk mencantikkan lagi laman web dengan menetapkan warna latar belakang, warna teks, jenis font, warna jadual dan sebagainya.

Sintaks CSS :



Jadi, inilah semua ringkasan yang telah saya pelajari pada hari selasa yang lalu. Ianya sangat menarik dan tidaklah begitu susah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba semuaaa πŸ‘πŸ”₯ !

Pejam celik, pejam celik sudah 12 minggu kita bersama. Sangat pantas masa berlalu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa anda untuk membaca blog saya ini. Hm, hari ini merupakan posting terakhir saya huaaaa. Semoga kita berjumpa lagi, bye 😘😫 ! 

Related image
Stay tune to my new posting (kot kot rajin nak cerita hahaha 🀣)


Ahad, 1 Disember 2019

ECONHUNT PASS 4 MIA πŸ€™πŸΌπŸ•΅πŸΌ‍♂️ !

Assalamualaikum dan salam sejahtera  !

Apa khabar semua ? Saya harap semua dalam keadaan baik dan ceria. Mohle sis payung senyuman manis sis sikit 😜

Harap-harap dapat menceriakan hari anda semua hahaha !

Memandangkan ini merupakan blog kedua terakhir saya, saya ingin menceritakan tentang Econhunt PASS 4 MIA yang telah diadakan pada 27 November 2019 (rabu lepas).

Apa itu Econhunt ?
Econhunt merupakan satu aktiviti yang telah dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan selama 3 semester. Setiap pelajar makroekonomi wajib mengikuti aktiviti ini kerana ia menyumbang 20% markah. Banyak bukan 😭 ? Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk pelajar bekerja secara berkumpulan (teamwork), berkomunikasi secara berkesan, membina keyakinan diri serta mendedahkan pelajar dengan realiti makroekonomi Malaysia menerusi jaringan dengan pihak industri.

Apa itu PASS 4 MIA ?

PASS stand for ..... 
P- Precise
A- Analyze
S- Synergy
S- Success

MIA stand for .....
M- Macroeconomic
I  - Intelligent
A- Agent

Siapakah penyumbang Econhunt kali ini ?
Seramai 22 orang ahli jawatankuasa telah dilantik untuk mengendalikan program ini dibawah bimbingan Puan Norain binti Mod Asri. Saya adalah salah satu daripadanya hihihi 😁Kami dikehendaki memikirkan tema dan idea-idea yang menarik untuk econhunt kali ini. Untuk menjayakan program ini, banyak cabaran dan halangan yang saya dan pasukan saya perlu hadapi. Tapi alhamdulillah, dengan semangat berpasukan, semangat bekerjasama dan bertungkus lumus, dapat juga kami menjayakan program ini seperti yang dirancang 😚
Meeting time !
ECONHUNT PASS 4 MIA ???
Econhunt kali ini bertemakan Scavenger Hunt ! Terdapat 36 lokasi-lokasi stategik dalam UKM Bangi (UKM Cheras dan KL tidak termasuk okay πŸ€ͺ). Setiap pelajar dibahagikan kepada kumpulan merentasi set kursus Makroekonomi. Terdapat 11 atau 12 orang ahli dalam satu kumpulan. Aktiviti ini berlangsung selama 7 jam dari pukul 11 pagi sehingga 6 petang (bukan kaleng-kaleng lama hahahaha). Memang kena siapkan fizikal dan mental 🀣


36 lokasi yang perlu pelajar pergi 😲

Bagaimana cara bermain ?

1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memuat turun aplikasi seperti telegram, wire, wickr me dan hp reveal untuk menerima pembayang (clue) yang akan diberikan oleh urusetia.  


Wire
HP Reveal
Wickr Me


2. Setiap kumpulan perlu memberi perhatian kepada pembayang (clue) yang diterima kerana mengandungi maklumat lokasi yang akan dituju dan objek yang akan diimbas untuk mendapatkan soalan makroekonomi.
3. Setiap kumpulan perlu mengambil swafoto (selfie) bersama objek yang telah diimbas sebagai bukti dan dimasukkan ke dalam link yang akan ditetapkan.
4. Setiap kumpulan perlu mencari 4 barang fizikal yang terdapat di mana-mana 36 lokasi. Barang fizikal seperti coklat, resit BSN, setem dan duit syiling serta duit kertas.
5. Setelah selesai menghabiskan cabaran di lokasi, wakil kumpulan perlu menunjukkan barang fizikal tersebut kepada ejen rahsia yang mereka perlu cari bagi mendapatkan link set soalan yang mengandungi:
  • Soalan berkaitan lokasi yang diimbas
  • Soalan makroekonomi yang didedahkan sepanjang lokasi
  • Soalan meneka suara pensyarah
Contoh video persediaan & how to play !

Rabu : 27 Novemver 2019

Pada hari kejadian, saya dan ahli jawatankuasa yang lain dikehendaki pergi ke 36 lokasi tersebut untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Kami perlu mengimbas objek yang terdapat di satu-satu lokasi bagi memastikan aplikasi yang digunakan dalam keaadaan baik. Alhamdulillah, aplikasi yang digunakan tidak mempunyai sebarang masalah dan ianya berfungsi dengan baik. Mari kita lihat keaadan pada hari berkenaan πŸ™ˆ


Saya dan ahli jawatankuasa Econhunt pergi ke fssk untuk memastikan pembayang (clue) boleh diimbas

Keadaan semasa bermulanya Econhunt !

Pelajar perlu mengimbas objek bagi mendapatkan soalan dan perlu membeli setem untuk barang fizikal

    
Setelah selesai aktiviti di lokasi, wakil kumpulan perlu mencari ejen rahsia bagi kumpulan mereka dan menyerahkan 4 barang fizikal untuk mendapatkan link soalan.
                                                             
                           Ejen Group 20 yang berjaya mencari ejen rahsianyaaaa. GoodJob Group 20 πŸ‘ !         
                
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana program Econhunt ini berjalan lancar seperti mana yang kami rancang. Para pelajar sangat bersemangat dan gembira walaupun penat kena jelajah 36 lokasi hahaha (balik terus tidur 😴) Tidak lupa juga kepada team Econhunt PASS 4 MIA dan Puan NorAin yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Tahniah semua, sayang uollss πŸ’˜ !

Ahli jawatankuasa ECONHUNT PASS 4 MIA 2019 πŸ₯° !
Semoga perkongsian saya kali ini menghiburkan anda semua. Terima kasih kerana telah meluangkan sedikit masa untuk membaca. Jumpa lagi di blog seterusnya dan mungkin posting terakhir 😒 ? bye πŸ™ŒπŸΌ !