Ahad, 1 Disember 2019

ECONHUNT PASS 4 MIA πŸ€™πŸΌπŸ•΅πŸΌ‍♂️ !

Assalamualaikum dan salam sejahtera  !

Apa khabar semua ? Saya harap semua dalam keadaan baik dan ceria. Mohle sis payung senyuman manis sis sikit 😜

Harap-harap dapat menceriakan hari anda semua hahaha !

Memandangkan ini merupakan blog kedua terakhir saya, saya ingin menceritakan tentang Econhunt PASS 4 MIA yang telah diadakan pada 27 November 2019 (rabu lepas).

Apa itu Econhunt ?
Econhunt merupakan satu aktiviti yang telah dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan selama 3 semester. Setiap pelajar makroekonomi wajib mengikuti aktiviti ini kerana ia menyumbang 20% markah. Banyak bukan 😭 ? Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk pelajar bekerja secara berkumpulan (teamwork), berkomunikasi secara berkesan, membina keyakinan diri serta mendedahkan pelajar dengan realiti makroekonomi Malaysia menerusi jaringan dengan pihak industri.

Apa itu PASS 4 MIA ?

PASS stand for ..... 
P- Precise
A- Analyze
S- Synergy
S- Success

MIA stand for .....
M- Macroeconomic
I  - Intelligent
A- Agent

Siapakah penyumbang Econhunt kali ini ?
Seramai 22 orang ahli jawatankuasa telah dilantik untuk mengendalikan program ini dibawah bimbingan Puan Norain binti Mod Asri. Saya adalah salah satu daripadanya hihihi 😁Kami dikehendaki memikirkan tema dan idea-idea yang menarik untuk econhunt kali ini. Untuk menjayakan program ini, banyak cabaran dan halangan yang saya dan pasukan saya perlu hadapi. Tapi alhamdulillah, dengan semangat berpasukan, semangat bekerjasama dan bertungkus lumus, dapat juga kami menjayakan program ini seperti yang dirancang 😚
Meeting time !
ECONHUNT PASS 4 MIA ???
Econhunt kali ini bertemakan Scavenger Hunt ! Terdapat 36 lokasi-lokasi stategik dalam UKM Bangi (UKM Cheras dan KL tidak termasuk okay πŸ€ͺ). Setiap pelajar dibahagikan kepada kumpulan merentasi set kursus Makroekonomi. Terdapat 11 atau 12 orang ahli dalam satu kumpulan. Aktiviti ini berlangsung selama 7 jam dari pukul 11 pagi sehingga 6 petang (bukan kaleng-kaleng lama hahahaha). Memang kena siapkan fizikal dan mental 🀣


36 lokasi yang perlu pelajar pergi 😲

Bagaimana cara bermain ?

1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memuat turun aplikasi seperti telegram, wire, wickr me dan hp reveal untuk menerima pembayang (clue) yang akan diberikan oleh urusetia.  


Wire
HP Reveal
Wickr Me


2. Setiap kumpulan perlu memberi perhatian kepada pembayang (clue) yang diterima kerana mengandungi maklumat lokasi yang akan dituju dan objek yang akan diimbas untuk mendapatkan soalan makroekonomi.
3. Setiap kumpulan perlu mengambil swafoto (selfie) bersama objek yang telah diimbas sebagai bukti dan dimasukkan ke dalam link yang akan ditetapkan.
4. Setiap kumpulan perlu mencari 4 barang fizikal yang terdapat di mana-mana 36 lokasi. Barang fizikal seperti coklat, resit BSN, setem dan duit syiling serta duit kertas.
5. Setelah selesai menghabiskan cabaran di lokasi, wakil kumpulan perlu menunjukkan barang fizikal tersebut kepada ejen rahsia yang mereka perlu cari bagi mendapatkan link set soalan yang mengandungi:
  • Soalan berkaitan lokasi yang diimbas
  • Soalan makroekonomi yang didedahkan sepanjang lokasi
  • Soalan meneka suara pensyarah
Contoh video persediaan & how to play !

Rabu : 27 Novemver 2019

Pada hari kejadian, saya dan ahli jawatankuasa yang lain dikehendaki pergi ke 36 lokasi tersebut untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Kami perlu mengimbas objek yang terdapat di satu-satu lokasi bagi memastikan aplikasi yang digunakan dalam keaadaan baik. Alhamdulillah, aplikasi yang digunakan tidak mempunyai sebarang masalah dan ianya berfungsi dengan baik. Mari kita lihat keaadan pada hari berkenaan πŸ™ˆ


Saya dan ahli jawatankuasa Econhunt pergi ke fssk untuk memastikan pembayang (clue) boleh diimbas

Keadaan semasa bermulanya Econhunt !

Pelajar perlu mengimbas objek bagi mendapatkan soalan dan perlu membeli setem untuk barang fizikal

    
Setelah selesai aktiviti di lokasi, wakil kumpulan perlu mencari ejen rahsia bagi kumpulan mereka dan menyerahkan 4 barang fizikal untuk mendapatkan link soalan.
                                                             
                           Ejen Group 20 yang berjaya mencari ejen rahsianyaaaa. GoodJob Group 20 πŸ‘ !         
                
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana program Econhunt ini berjalan lancar seperti mana yang kami rancang. Para pelajar sangat bersemangat dan gembira walaupun penat kena jelajah 36 lokasi hahaha (balik terus tidur 😴) Tidak lupa juga kepada team Econhunt PASS 4 MIA dan Puan NorAin yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Tahniah semua, sayang uollss πŸ’˜ !

Ahli jawatankuasa ECONHUNT PASS 4 MIA 2019 πŸ₯° !
Semoga perkongsian saya kali ini menghiburkan anda semua. Terima kasih kerana telah meluangkan sedikit masa untuk membaca. Jumpa lagi di blog seterusnya dan mungkin posting terakhir 😒 ? bye πŸ™ŒπŸΌ !

1 ulasan:

  1. So you also been part of the committee.. advantage la kat situ kan.. x payah berkejar sana sini hehe
    Good job anyway, keep it up!

    BalasPadam