Selamat datang saya ucapkan kepada yang baru menjengah blog saya dan selamat kembali kepada yang sentiasa setia dengan saya ( haa gitew hahaha). Saya doakan semoga anda semua dalam keadaan sihat dan gembira π₯°
Flying Kiss buat semua hiksss ! |
Em em, hari ini saya nak cerita apa ek π₯± ? Haa, saya rasa saya nak bercerita tentang apa yang saya belajar di kelas aplikasi komputer baru-baru ini. Kelas ini setiap hari selasa pada pukul 2-5 petang. Selama 3 jam, saya perlu gagahkan diri daripada tertidur di dalam kelas (kelas dalam aircond, memang sedap tidur hehe) dan saya berjaya menahan mata daripada tidur (yayyy). Pada hari selasa yang lalu, saya telah belajar mengenai HTML, CSS dan Javascipt. Tapi, saya cuma nak ceritakan tentang HTML dan CSS sahaja π Ha apa tunggu lagi mohle saya terangkan one by one !
HTML (Hypertext Markup Language) adalah bahasa standard penganturcaraan untuk membuat suatu laman web yang terdiri daripada kod-kod ringkas tertentu, dimana kod-kod tersebut akan memerintahkan pelayar web (Web Browser) untuk memaparkan laman web (website) yang terdiri daripada format paparan seperti teks, grafik, animasi link ataupun audio dan video.
Alat-alat pengekodan HTML?
- Editor Teks seperti Notepad, Edit Teks dan Kurungan
- Notepad ++
FUNGSI HTML :
- Mencipta, mereka dan mengawal paparan dari webpage serta kandunganya.
- Memaparkan dokumen secara atas talian sehingga boleh diakses dan dilihat dari seluruh dunia.
- Mencipta borang online yang boleh digunakan untuk menguruskan pendaftaran dan transaksi secara atas talian.
- Menambah objek-objek seperti imej, audio, video dan juga Java dalam dokumen HTML
Tag & Elemen dalam HTML :
Bagaimana pula dengan CSS ?
CSS adalah singkatan daripada Cascading Style Standing. Ianya merupakan bahasa lembaran gaya (style sheet language) yang digunakan untuk menggambarkan rupa dan memformat dokumen yang ditulis dalam bahasa markup (HTML). CSS juga boleh digunakan untuk mencantikkan lagi laman web dengan menetapkan warna latar belakang, warna teks, jenis font, warna jadual dan sebagainya.
Sintaks CSS :
Jadi, inilah semua ringkasan yang telah saya pelajari pada hari selasa yang lalu. Ianya sangat menarik dan tidaklah begitu susah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba semuaaa ππ₯ !
Pejam celik, pejam celik sudah 12 minggu kita bersama. Sangat pantas masa berlalu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa anda untuk membaca blog saya ini. Hm, hari ini merupakan posting terakhir saya huaaaa. Semoga kita berjumpa lagi, bye ππ« !
Stay tune to my new posting (kot kot rajin nak cerita hahaha π€£) |
Salam Izzah,
BalasPadamBasically you just summarize what we have learned in the class. good job!
Since this will be your last posting i wish you best of luck in final and in future inshaAllah.
Fighting!