Sabtu, 23 November 2019

Program Kerjayaa 🧐 !

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semuanyaa 🥰 !

Hujung minggu taktahu nak buat apaa ? Mehla usya-usya blog ringkas saya ini 🤭 Semoga dapat menceriakan hari-hari andaaa hiks.

Hari ini, saya ingin menceritakan tentanggggggggg tut tut tut ???  Haa tentang apa yang saya pelajari di kelas citra kedua saya iaitu Pengurusan Program Kerjaya. Seperti yang sedia maklum, citra ini perlu diambil oleh semua pelajar UKM bagi mencukupkan jumlah kredit. Kalau tak amik, tak boleh grad nanti (haa ayok). Kelas citra ini bertempat di pusanika, Aras 5 di UKM-Karier (sejuk dan sangat tenang je tempat dia). Sesuai bagi sesiapa yang mempunyai masalah kerana boleh mendapatkan hikmat nasihat daripada kaunselor. Dalam kelas citra ini, saya didedahkan kepada cara-cara untuk mengendalikan sesuatu program, cara memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan, cara membuat resume dan surat permohonan kerja (cover letter) dengan betul, cara mempromosikan sesuatu produk atau brand serta memasarkan diri sendiri dengan menggunakan media sosial seperti facebook, instagram, linkedin dan sebagainya. Ilmu yang diberikan ini sangat berguna pada masa akan datang. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah memilih citra ini pada sem depan (hahaha promote jap). Okay, pada hari rabu lepas, kami telah mengadakan satu program kepada pelajar UKM. Semua nak tahu ke program apa ? Mari kita lihattttt 👇 !

Rabu  : 20 November 2011


Kami telah menganjurkan satu Program Seminar Pembangunan Kerjaya yang bertajuk "What You Want To Be ?". Ianya merupakan salah satu daripada tugasan yang wajib kami lakukan (tak boleh main main, 50% tu hikss 🙅‍♀️) Program ini telah berlangsung di UKM-Karier dari pukul 8 pagi sehingga 2.30 petang. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang halatuju yang boleh diceburi selepas graduasi serta memberi penerangan yang lebih mendalam tentang perniagaan yang boleh dilakukan. Seramai 40 orang pelajar UKM telah mengikuti program ini. Di bawah ini, saya nyatakan tentatif program kami.


TENTATIF PROGRAM “ WHAT DO YOU WANT TO BE? ”
TARIKH  : 20 NOVEMBER 2019 (RABU)
MASA     : 8.00 PAGI - 2.30 PETANG

8.00 - 8.30 pagi       : Pendaftaran pelajar
8.30 - 9.00 pagi       : Ice Breaking
9.00 - 10.00 pagi     : Sesi bual bicara bersama alumni UKM iaitu Cik Fitri 
                                      Munawaroh Binti Zailani Nasty
10.00 - 10.30 pagi   : Latihan Dalam Kumpulan (LDK1)
10.30 - 11.00 pagi    : Rehat
11.00 - 12.00 tghari : Sesi bual bicara bersama kaunselor kerjaya iaitu 
                                      Encik Tan Yao Xiong
12.00 - 12.30 tghari : Latihan Dalam Kumpulan (LDK2)
12.30 - 1.30 ptg        : Sesi bual bicara bersama Pengarah Timbalan CESMED 
                                       iaitu Encik Dr. Muhammad Azry Bin Khoiry
1.30 - 2.30 ptg         : Penyampaian hadiah, penutup, peserta mengambil 
                                      makanan dan bersurai.


Okay, aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar UKM. Sungguh bersemangat dan ceria pelajar-pelajar UKM untuk mengikuti program kerjaya ini. Selepas selesai sesi pendaftaran, sesi ice breaking dimulakan. Para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan sesi suai kenal bersama ahli kumpulan dilakukan. Oleh itu, pelajar dapat menambah kenalan baru (gitewww hahaha)

Sesi Pendaftaran

Talk berkaitan cara menentukan halatuju selepas graduasi yang diberikan oleh Encik Tan Yao Xiong. Ianya sangat bermanfaat dan penuh dengan tips-tips yang berguna.
Mengantuk mendengar talk ? Ayuh melakukan aktiviti bersama ahli kumpulan !

LDK 1 : Main Puzzle. Daripada game ini, kami mempelajari cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan bekerjasama dalam menangani cabaran supaya menjadi lebih mudah.
Talk terakhir berkaitan cara memulakan perniagaan oleh Pengarah Timbalan CESMED. Daripada talk ini, kita dapat menjana pendapatan dengan melakukan perniagaan yang kecil serta menggunakan media sosial sebagai satu platfom untuk mempromosikan sesuatu produk supaya dikenali oleh ramai orang.

LDK 2 : Melakonkan sesuatu benda dan ahli kumpulan dikehendaki meneka apa yang dilakonkan.

Program diakhiri dengan mengumumkan pemenang keseluruhan bagi permainan LDK 1 dan LDK 2. Tahniah semuanyaa 👍 !

Tempat 1
Tempat 2
 Tempat 3

Selepas selesai sesi pembahagian hadiah kepada pemenang, sesi bergambar bersama ahli jawatankuasa dan pelajar dilakukan sebelum mereka dibenarkan bersurai 📸

Pelajar yang sangat ceria, sangat aktif dan sangat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan 😊


Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang mengikut tentatif yang kami sediakan. Berdasarkan program yang telah dijalankan, saya dapat menimba pengalaman baru dan menambahkan ilmu pengetahuan secara meluas tentang cara untuk mengendalikan sesuatu program. Melalui program ini juga, saya  dapat mengetahui cara-cara untuk memilih kerjaya saya pada masa akan datang serta dapat mempelajari cara memperoleh pendapatan sampingan dengan hanya memulakan perniagaan yang kecil.

Terima kasih kepada Encik Tan Yao Xiong (Pensyarah Program Kerjaya) dan ahli-ahli jawatankuasa yang telah banyak membantu dalam menjayakan program ini. Sayang semuanyaaa 💘

Saya rasa cukup sampai disini. Semoga kita berjumpa lagi di cerita seterusnyaa, bye semua 😘 

1 ulasan: