Khamis, 7 November 2019

Mummy Turn 49 πŸŽˆπŸŽ‚ !

Assalamualaikum  dan hallu everybody ! 
Selamat datang saya ucapkan kepada yang baru menjengah blog biashe biashe saya 😁 Harap harap bermanfaat kepada anda semua !

Harini saya nak ceritakan tentang ...??? 

Surprisee party for MUMMY !!!


28 Oktober 2019 
Hari yang paling bermakna dan ditunggu-tunggu oleh kami adik beradik. Jeng jeng, hari kelahiran ibunda tercinta hiks πŸ’˜ ! Kebetulan, saya baru cuti sem hari ketiga dan semua adik beradik ada sebab cuti deepavalikan . Jadi apa nak ditunggu tunggu kan lagi kan ? Ayuh berjimba hahaha . Jarang jarang sambut semua orang ada. So, kami adik beradik plan nak surprisekan mak. Actually, birthday mak hari isnin tapi kami sambut awal sehari (taklah sehari berapa jam awal je hee πŸ˜…). Sebab masing masing esoknya dah keje hm. okay let's start ! Hari ahad tu, kami adik beradik pergi johor. Mak abah tak ikut sebab diorang ade hal masatu. Kitaorang plan nak sambut kat johorla, tapi sebab mak abah tak boleh ikut so tak jadi. So, kami pun berhora horayylaa adik beradik (seronok bukan menghabiskan duit ? πŸ˜‚). Tengah jalan jalan, then terpikir nak sambut malam tu jugala kiranya. Kami pun beli kek, beli hadiah, barang barang nak deco (excited bukan ?) sebab selalunya kalau plan nak buat mesti tak jadi hahaha. Dah siap siap beli semua terus gerak balik. Takut sampai rumah lambat sebab perjalanan mengambil masa 2 jam huaaa. Sampai kat rumah dalam pukul 9.30 macamtu, terus deco cepat cepat sebab takut mak abah balik. Mak abah makan kat luar masatu, malas masak sebab berdua je kan (dating berdua giteww, kasi chancelah hihihi). Tengah kelam kabut deco ni, tiba-tibaaaaaa ........ knock knock ! Pergh cuak gilaaaaa, ingatkan apa rupa-rupanya mak dah balik hahaha. Memang tak perasan pun bunyi kereta. Nasib baiklaa tak kantoi naa. Semua orang buat biasa je, macam taktau apa apa. Padahal semua tengah sibuk siapkan deco (gigihnyaa masing masing hahahaha). Kesian mak masatu, tengok tv sorang sorang je (sorry mak 😝). Deco siap, kek dah ready semua teruslahhhh surpriseeeee (sesi nyanyilahhh apa lagi) ! Muka mak memang terkejutlaa hahahaha. Happy gilaa bila tengok mak tersenyum lebar. Macam biasalah, suruh mak pakai tudung nak amik gambar hehe. Tak bergambar tak lengkap rasaa (ewahh). Selesai bergambar, sesi makan makan pula lepastu kemas kemas sebab masing masing kerja (alolo kesiannya) dan saya dibuli untuk menggosok baju kerja diorang 😭 Nasib baiklah sayang, kalau tak gosok sendiri (hahaha padan muka). Okay saya nak pesan ni, hargailah mak dan ayah anda selagi mereka masih ada. Bahagiakan, banggakan dan balas jasa mereka. Masa bersama mereka sangat bermakna dan sangat berharga yang tidak dapat dicari dimana mana. Luangkan masa bersama mereka, cipta memori-memori indah bersama. Sibuk mana pun kita, jangan sesekali abaikan mak dan abah yang banyak berkorban untuk kita. Trust me, kita akan rindu saat-saat ini apabila masing-masing dah kerja, dah belajar jauh. Dah dah, jom tengok gambar jom !

Deco simple simple jew ! Last minute plan kan πŸ€ͺ

Chocolate Indulgence, so yummy !πŸ˜‹
   
 1 2 smileeee πŸ“Έ ! 

Happy Birthday Mak ! Semoga mak sentiasa dilindungi, dipanjangkan umur dan sentiasa muda. Loveyou mak πŸ˜˜πŸ‘„


Saya ada pantun dua kerat buat kalian, baca elok elok tau. 

Hari hari naik beca, 
Terima kasihlah membaca πŸ˜‚

Jumpa lagi di next posting, stay tune πŸ™Œ!

1 ulasan:

  1. Salam Izzah,
    Wow, your mum looks so young!
    Kirim salam mak eh.
    Anyway, Content dah ok cuma next avoid to type everything in one paragraph.
    Apart from your readers cud lost their momentum, it could also lead to look bad in your blog.
    Keep it up ok!

    BalasPadam