Assalamualaikum dan hi semua ! Selamat kembali ke blog saya ! Mulakan hari anda dengan senyuman like this π
Blog kalini saya ingin berkongsi cerita tentang kawan ! Setiap orang sudah pasti mempunyai kawan baik atau kawan rapat yang tersendiri. Sama juga seperti saya. Saya mempunyai kawan rapat sehingga sekarang kami masih lagi berhubung dan berjumpa. Pada mulanya, kami hanya berkawan biasa tetapi disebabkan satu kelas, kami semakin hari semakin rapat. Setiap kali raya, kami akan pergi beraya rumah ke rumah masing-masing. Rindunya kalau ingat zaman sekolah dulu (hahahaha). Pantang ada masa, mesti ajak lepak (sebab tahu bila dah besar, takkan ada masa untuk semua ni :( ). Kalau masa bulan puasa pula, akan ada satu hari yang kami akan keluar untuk berbuka bersama. Dari situ, hubungan kami semakin rapat walaupun masing-masing dah tak sama kelas. Tapi bila masing-masing dah habis sekolah, dah kerja, dah belajar, peluang nak jumpa tu terhad sangat. Iyelah masing-masing sibuk kan. Tapi kami akan pastikan yang kami akan jumpa juga walaupun sekejap (gigih bukan ? ). Masatulah semua benda nak cerita (jadi makcik bawang jap hahaha). Selagi tak habis cerita, selagi tu mulut tak diam (pot pet pot pet )π€£. Hm, ramai mana pun kawan dekat universiti, takkan sama dengan kawan sekolah. Kawan sekolah juga yang tetap dirindui gitu hihiks π Okay, mesti semua tak sabarkan nak tengok kawan kawan saya ? Ayuh kita tengok kawan kawan hingusan saya !
2014 : Form 2
|
Sambutan Hari Raya dekat sekolah. Kitaorang classmate tapi belum rapat lagi masani. Tataplah wajah wajah hingusan mereka π |
|
Iftar bersama muka-muka hingusan π |
2015 : Form 3
|
Celebrate birthday yang paling mudaaa (mijan) ! Bulan 12 kan π |
|
Sayang-sayang sayaaaaaaaa π |
|
Mana mana muka diorang je haih hahaha |
2016 : Form 4
|
Masani raya rumah cikgu Nazmi (cikgu sains sukan paling best !). Tengokla muka kami yang tak matang tu π€£ |
|
Makan makan π Tu puncaa seketul pau kat pipi tu hiks |
2017 : Form 5
|
Tak plan pun nak jumpa, know know meet hahaha |
|
Surprise birthday sehaaaa (tudung ungu) |
|
Tamatlaa sudah zaman persekolahan yang ditunggu-tunggu hahaha. |
2018 : Selepas SPM
|
Saat yang paling mendebarkan jeng jeng jeng ... Keputusan SPM dah keluar ! Alhamdulillah, kami semua memperoleh keputusan cemerlang π |
|
Melawat seha di PLKN Mersing. Padahal kerja haritu, rehat terus datang jumpa. Rindunyaaa π’ |
2019 : semakin membesar ya semua π
|
Muka garang satu kali πΌ ! Masani diorang datang beraya rumah. Tak cukup semua tapi riuh macam sekampung hahaha |
Jumpa budak bucuk ni before balik UKM π«
Oleh itu, hargailah kawan-kawan anda yang masih setia dengan anda sehingga sekarang. Kawan yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Mudah untuk mencari kawan tapi bukan mudah untuk kita rapat dan bina persahabatan. Trust me, kenangan bersama kawan akan paling kita rindu apabila semua dah meningkat dewasa. Sibuk mana pun kita, pastikan ada masa untuk kawan walaupun sekejap. Sebab bila kita dah kerja nanti, dah ada keluarga, belum tentu ada masa untuk semua ni. Hm, saya rindu kawan kawan hingusan saya :'( π«π
That's all from me. Hope you guys enjoy ! ππ
Salam Izzah,
BalasPadamI guess this post is solely dedicated to your friends :D
you must be missing them.
Good job and keep it up!