Ahad, 3 November 2019

TIMANG BURUNG 🕊 !

Hai peminat peminat saya sekalian ! Apa khabar semuanyaaa ? Alhamdulillah, saya baik baik saja 😘


Mesti kalian kalian kangen sama guwe kan hikss 😝 Harini, saya nak cerita tentang citra yang saya ambil. Actually, citra ni sama macam koko cuma panggilan je lain. Buat cukupkan kredit je huhu. Citra yang saya pilih teng teng teng .... Tarian Gamelan ! Saya bukanlah seorang penari, jadi bukan senang bagi saya untuk menari. Nak nak kayu kan, bila menari macam robot hahaha. Tapi saya yakin saya boleh yayyy !

Okay, mari saya kenalkan serba sedikit tentang tarian gamelan. Tarian Gamelan merupakan sebuah tarian istana yang popular dalam zaman kesultanan Riau-Lingga iaitu pada masa pemerintahan Sultan Abdul Rahman II. Tarian ini mula diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu di Istana Bendahara Tun Ali, Pahang semasa perkahwinan anakanda baginda.Terdapat 77 jenis gamelan tetapi yang tinggal pada hari ini hanya 33 jenis sahaja disebabkan kekurangan tenaga pengajar jenis tarian. Antaranya ialah Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari,Ketam Ranjung, Geliung, Lantai Lima, Kunang-kunang Mabuk dan sebagainya. Tarian ini dipersembahkan secara ekslusif oleh penari-penari wanita yang boleh dipentaskan secara dalaman ataupun terbuka dengan iringan muzik dari alat-alat seperti Gambang, Sarom, Keromong, Kenang, Gong dan Gendang.




contoh alat muzik


Penari-penari akan memakai pakaian yang direka khas dan berwarna-warni. Hiasan kepala seperti Gandek, Gerak Gempa, Tajok, Goyang Tengkuk dipakai bagi mencantikkan penari.



Contoh hiasan tambahan lain



                        
                                        Contoh Tarian Timang Burung


             Bagilah tengok sikit group saya berlatih tarian Timang Burung 🤩 !
                                               







1 ulasan:

  1. Salam Izzah,
    Posting dah ok cuma part last tu rasa mcm tergantung.
    Next time buat penutup skit ok.
    Good job and keep it up!

    BalasPadam