Jumaat, 6 Disember 2019

HTML & CSS ❓❔😡

Assalamualaikum dan hello everyone πŸ‘‹πŸΌ !
Selamat datang saya ucapkan kepada yang baru menjengah blog saya dan selamat kembali kepada yang sentiasa setia dengan saya ( haa gitew hahaha). Saya doakan semoga anda semua dalam keadaan sihat dan gembira πŸ₯° 

Related image
Flying Kiss buat semua hiksss !
Em em, hari ini saya nak cerita apa ek  πŸ₯± ? Haa, saya rasa saya nak bercerita tentang apa yang saya belajar di kelas aplikasi komputer baru-baru ini. Kelas ini setiap hari selasa pada pukul 2-5 petang. Selama 3 jam, saya perlu gagahkan diri daripada tertidur di dalam kelas (kelas dalam aircond, memang sedap tidur hehe) dan saya berjaya menahan mata daripada tidur (yayyy). Pada hari selasa yang lalu, saya telah belajar mengenai HTML, CSS dan Javascipt. Tapi, saya cuma nak ceritakan tentang HTML dan CSS sahaja 😜 Ha apa tunggu lagi mohle saya terangkan one by one !


HTML (Hypertext Markup Language) adalah bahasa standard penganturcaraan untuk membuat suatu laman web yang terdiri daripada kod-kod ringkas tertentu, dimana kod-kod tersebut akan memerintahkan pelayar web (Web Browser) untuk memaparkan laman web (website)  yang terdiri daripada format paparan seperti teks, grafik, animasi link ataupun audio dan video.

Alat-alat pengekodan HTML?
  1. Editor Teks seperti Notepad, Edit Teks dan Kurungan
  2. Notepad ++

FUNGSI HTML :

  • Mencipta, mereka dan mengawal paparan dari webpage serta kandunganya.
  • Memaparkan dokumen secara atas talian sehingga boleh diakses dan dilihat dari seluruh dunia.
  • Mencipta borang online yang boleh digunakan untuk menguruskan pendaftaran dan transaksi secara atas talian.
  • Menambah objek-objek seperti imej, audio, video dan juga Java dalam dokumen HTML
Tag & Elemen dalam HTML :




Contoh HTML :





Bagaimana pula dengan CSS ?


CSS adalah singkatan daripada Cascading Style Standing. Ianya merupakan bahasa lembaran gaya (style sheet language) yang digunakan untuk menggambarkan rupa dan memformat dokumen yang ditulis dalam bahasa markup (HTML). CSS  juga boleh digunakan untuk mencantikkan lagi laman web dengan menetapkan warna latar belakang, warna teks, jenis font, warna jadual dan sebagainya.

Sintaks CSS :



Jadi, inilah semua ringkasan yang telah saya pelajari pada hari selasa yang lalu. Ianya sangat menarik dan tidaklah begitu susah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba semuaaa πŸ‘πŸ”₯ !

Pejam celik, pejam celik sudah 12 minggu kita bersama. Sangat pantas masa berlalu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa anda untuk membaca blog saya ini. Hm, hari ini merupakan posting terakhir saya huaaaa. Semoga kita berjumpa lagi, bye 😘😫 ! 

Related image
Stay tune to my new posting (kot kot rajin nak cerita hahaha 🀣)


Ahad, 1 Disember 2019

ECONHUNT PASS 4 MIA πŸ€™πŸΌπŸ•΅πŸΌ‍♂️ !

Assalamualaikum dan salam sejahtera  !

Apa khabar semua ? Saya harap semua dalam keadaan baik dan ceria. Mohle sis payung senyuman manis sis sikit 😜

Harap-harap dapat menceriakan hari anda semua hahaha !

Memandangkan ini merupakan blog kedua terakhir saya, saya ingin menceritakan tentang Econhunt PASS 4 MIA yang telah diadakan pada 27 November 2019 (rabu lepas).

Apa itu Econhunt ?
Econhunt merupakan satu aktiviti yang telah dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan selama 3 semester. Setiap pelajar makroekonomi wajib mengikuti aktiviti ini kerana ia menyumbang 20% markah. Banyak bukan 😭 ? Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk pelajar bekerja secara berkumpulan (teamwork), berkomunikasi secara berkesan, membina keyakinan diri serta mendedahkan pelajar dengan realiti makroekonomi Malaysia menerusi jaringan dengan pihak industri.

Apa itu PASS 4 MIA ?

PASS stand for ..... 
P- Precise
A- Analyze
S- Synergy
S- Success

MIA stand for .....
M- Macroeconomic
I  - Intelligent
A- Agent

Siapakah penyumbang Econhunt kali ini ?
Seramai 22 orang ahli jawatankuasa telah dilantik untuk mengendalikan program ini dibawah bimbingan Puan Norain binti Mod Asri. Saya adalah salah satu daripadanya hihihi 😁Kami dikehendaki memikirkan tema dan idea-idea yang menarik untuk econhunt kali ini. Untuk menjayakan program ini, banyak cabaran dan halangan yang saya dan pasukan saya perlu hadapi. Tapi alhamdulillah, dengan semangat berpasukan, semangat bekerjasama dan bertungkus lumus, dapat juga kami menjayakan program ini seperti yang dirancang 😚
Meeting time !
ECONHUNT PASS 4 MIA ???
Econhunt kali ini bertemakan Scavenger Hunt ! Terdapat 36 lokasi-lokasi stategik dalam UKM Bangi (UKM Cheras dan KL tidak termasuk okay πŸ€ͺ). Setiap pelajar dibahagikan kepada kumpulan merentasi set kursus Makroekonomi. Terdapat 11 atau 12 orang ahli dalam satu kumpulan. Aktiviti ini berlangsung selama 7 jam dari pukul 11 pagi sehingga 6 petang (bukan kaleng-kaleng lama hahahaha). Memang kena siapkan fizikal dan mental 🀣


36 lokasi yang perlu pelajar pergi 😲

Bagaimana cara bermain ?

1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk memuat turun aplikasi seperti telegram, wire, wickr me dan hp reveal untuk menerima pembayang (clue) yang akan diberikan oleh urusetia.  


Wire
HP Reveal
Wickr Me


2. Setiap kumpulan perlu memberi perhatian kepada pembayang (clue) yang diterima kerana mengandungi maklumat lokasi yang akan dituju dan objek yang akan diimbas untuk mendapatkan soalan makroekonomi.
3. Setiap kumpulan perlu mengambil swafoto (selfie) bersama objek yang telah diimbas sebagai bukti dan dimasukkan ke dalam link yang akan ditetapkan.
4. Setiap kumpulan perlu mencari 4 barang fizikal yang terdapat di mana-mana 36 lokasi. Barang fizikal seperti coklat, resit BSN, setem dan duit syiling serta duit kertas.
5. Setelah selesai menghabiskan cabaran di lokasi, wakil kumpulan perlu menunjukkan barang fizikal tersebut kepada ejen rahsia yang mereka perlu cari bagi mendapatkan link set soalan yang mengandungi:
  • Soalan berkaitan lokasi yang diimbas
  • Soalan makroekonomi yang didedahkan sepanjang lokasi
  • Soalan meneka suara pensyarah
Contoh video persediaan & how to play !

Rabu : 27 Novemver 2019

Pada hari kejadian, saya dan ahli jawatankuasa yang lain dikehendaki pergi ke 36 lokasi tersebut untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Kami perlu mengimbas objek yang terdapat di satu-satu lokasi bagi memastikan aplikasi yang digunakan dalam keaadaan baik. Alhamdulillah, aplikasi yang digunakan tidak mempunyai sebarang masalah dan ianya berfungsi dengan baik. Mari kita lihat keaadan pada hari berkenaan πŸ™ˆ


Saya dan ahli jawatankuasa Econhunt pergi ke fssk untuk memastikan pembayang (clue) boleh diimbas

Keadaan semasa bermulanya Econhunt !

Pelajar perlu mengimbas objek bagi mendapatkan soalan dan perlu membeli setem untuk barang fizikal

    
Setelah selesai aktiviti di lokasi, wakil kumpulan perlu mencari ejen rahsia bagi kumpulan mereka dan menyerahkan 4 barang fizikal untuk mendapatkan link soalan.
                                                             
                           Ejen Group 20 yang berjaya mencari ejen rahsianyaaaa. GoodJob Group 20 πŸ‘ !         
                
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana program Econhunt ini berjalan lancar seperti mana yang kami rancang. Para pelajar sangat bersemangat dan gembira walaupun penat kena jelajah 36 lokasi hahaha (balik terus tidur 😴) Tidak lupa juga kepada team Econhunt PASS 4 MIA dan Puan NorAin yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Tahniah semua, sayang uollss πŸ’˜ !

Ahli jawatankuasa ECONHUNT PASS 4 MIA 2019 πŸ₯° !
Semoga perkongsian saya kali ini menghiburkan anda semua. Terima kasih kerana telah meluangkan sedikit masa untuk membaca. Jumpa lagi di blog seterusnya dan mungkin posting terakhir 😒 ? bye πŸ™ŒπŸΌ !

Sabtu, 23 November 2019

Program Kerjayaa 🧐 !

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semuanyaa πŸ₯° !

Hujung minggu taktahu nak buat apaa ? Mehla usya-usya blog ringkas saya ini 🀭 Semoga dapat menceriakan hari-hari andaaa hiks.

Hari ini, saya ingin menceritakan tentanggggggggg tut tut tut ???  Haa tentang apa yang saya pelajari di kelas citra kedua saya iaitu Pengurusan Program Kerjaya. Seperti yang sedia maklum, citra ini perlu diambil oleh semua pelajar UKM bagi mencukupkan jumlah kredit. Kalau tak amik, tak boleh grad nanti (haa ayok). Kelas citra ini bertempat di pusanika, Aras 5 di UKM-Karier (sejuk dan sangat tenang je tempat dia). Sesuai bagi sesiapa yang mempunyai masalah kerana boleh mendapatkan hikmat nasihat daripada kaunselor. Dalam kelas citra ini, saya didedahkan kepada cara-cara untuk mengendalikan sesuatu program, cara memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan, cara membuat resume dan surat permohonan kerja (cover letter) dengan betul, cara mempromosikan sesuatu produk atau brand serta memasarkan diri sendiri dengan menggunakan media sosial seperti facebook, instagram, linkedin dan sebagainya. Ilmu yang diberikan ini sangat berguna pada masa akan datang. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah memilih citra ini pada sem depan (hahaha promote jap). Okay, pada hari rabu lepas, kami telah mengadakan satu program kepada pelajar UKM. Semua nak tahu ke program apa ? Mari kita lihattttt πŸ‘‡ !

Rabu  : 20 November 2011


Kami telah menganjurkan satu Program Seminar Pembangunan Kerjaya yang bertajuk "What You Want To Be ?". Ianya merupakan salah satu daripada tugasan yang wajib kami lakukan (tak boleh main main, 50% tu hikss πŸ™…‍♀️) Program ini telah berlangsung di UKM-Karier dari pukul 8 pagi sehingga 2.30 petang. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang halatuju yang boleh diceburi selepas graduasi serta memberi penerangan yang lebih mendalam tentang perniagaan yang boleh dilakukan. Seramai 40 orang pelajar UKM telah mengikuti program ini. Di bawah ini, saya nyatakan tentatif program kami.


TENTATIF PROGRAM “ WHAT DO YOU WANT TO BE? ”
TARIKH  : 20 NOVEMBER 2019 (RABU)
MASA     : 8.00 PAGI - 2.30 PETANG

8.00 - 8.30 pagi       : Pendaftaran pelajar
8.30 - 9.00 pagi       : Ice Breaking
9.00 - 10.00 pagi     : Sesi bual bicara bersama alumni UKM iaitu Cik Fitri 
                                      Munawaroh Binti Zailani Nasty
10.00 - 10.30 pagi   : Latihan Dalam Kumpulan (LDK1)
10.30 - 11.00 pagi    : Rehat
11.00 - 12.00 tghari : Sesi bual bicara bersama kaunselor kerjaya iaitu 
                                      Encik Tan Yao Xiong
12.00 - 12.30 tghari : Latihan Dalam Kumpulan (LDK2)
12.30 - 1.30 ptg        : Sesi bual bicara bersama Pengarah Timbalan CESMED 
                                       iaitu Encik Dr. Muhammad Azry Bin Khoiry
1.30 - 2.30 ptg         : Penyampaian hadiah, penutup, peserta mengambil 
                                      makanan dan bersurai.


Okay, aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar UKM. Sungguh bersemangat dan ceria pelajar-pelajar UKM untuk mengikuti program kerjaya ini. Selepas selesai sesi pendaftaran, sesi ice breaking dimulakan. Para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan sesi suai kenal bersama ahli kumpulan dilakukan. Oleh itu, pelajar dapat menambah kenalan baru (gitewww hahaha)

Sesi Pendaftaran

Talk berkaitan cara menentukan halatuju selepas graduasi yang diberikan oleh Encik Tan Yao Xiong. Ianya sangat bermanfaat dan penuh dengan tips-tips yang berguna.
Mengantuk mendengar talk ? Ayuh melakukan aktiviti bersama ahli kumpulan !

LDK 1 : Main Puzzle. Daripada game ini, kami mempelajari cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan bekerjasama dalam menangani cabaran supaya menjadi lebih mudah.
Talk terakhir berkaitan cara memulakan perniagaan oleh Pengarah Timbalan CESMED. Daripada talk ini, kita dapat menjana pendapatan dengan melakukan perniagaan yang kecil serta menggunakan media sosial sebagai satu platfom untuk mempromosikan sesuatu produk supaya dikenali oleh ramai orang.

LDK 2 : Melakonkan sesuatu benda dan ahli kumpulan dikehendaki meneka apa yang dilakonkan.

Program diakhiri dengan mengumumkan pemenang keseluruhan bagi permainan LDK 1 dan LDK 2. Tahniah semuanyaa πŸ‘ !

Tempat 1
Tempat 2
 Tempat 3

Selepas selesai sesi pembahagian hadiah kepada pemenang, sesi bergambar bersama ahli jawatankuasa dan pelajar dilakukan sebelum mereka dibenarkan bersurai πŸ“Έ

Pelajar yang sangat ceria, sangat aktif dan sangat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan 😊


Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang mengikut tentatif yang kami sediakan. Berdasarkan program yang telah dijalankan, saya dapat menimba pengalaman baru dan menambahkan ilmu pengetahuan secara meluas tentang cara untuk mengendalikan sesuatu program. Melalui program ini juga, saya  dapat mengetahui cara-cara untuk memilih kerjaya saya pada masa akan datang serta dapat mempelajari cara memperoleh pendapatan sampingan dengan hanya memulakan perniagaan yang kecil.

Terima kasih kepada Encik Tan Yao Xiong (Pensyarah Program Kerjaya) dan ahli-ahli jawatankuasa yang telah banyak membantu dalam menjayakan program ini. Sayang semuanyaaa πŸ’˜

Saya rasa cukup sampai disini. Semoga kita berjumpa lagi di cerita seterusnyaa, bye semua 😘 

Selasa, 19 November 2019

Kawad Kaki Berirama πŸ’ƒπŸ•Ί !

Assalamualaikum, hello everybody πŸ€—

Bertemu lagi kita di blog yang serba ringkas ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Saya harap semua enjoyyy membaca !

Blog kali ini saya ingin menceritakan tentang kawad kaki.
Apa itu kawad kaki ?
Kawad kaki ialah pergerakkan anggota badan seperti kaki dan tangan bagi tujuan perbarisan.
Ia bertujuan untuk membentuk ahli pasukan yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah serta bekerjasama dalam satu kumpulan.

Kawad kaki terbahagi kepada 5 elemen :
  1. Kawad statik 
  2. Kawad dinamik
  3. Kawad asas
  4. Kawad formasi
  5. Kawad kehormatan
Elemen kawad kaki terbahagi kepada 3 tahap :
  1. Tahap 1 (kawad statik + kawad dinamik)
  2. Tahap 2 (kawad asas + kawad formasi)
  3. Tahap 3 (kawalan kehormatan)
Anda boleh klik link ini untuk mengetahui hukuman dalam kawad kaki :

Itulah serba sedikit pengenalan terhadap kawad kaki. Okay, semasa saya di matrikulasi Melaka, kelas kokurikulum yang saya dan rakan sekelas dapat ialah kawad kaki. Ianya telah ditetapkan oleh kolej dan kami tidak boleh menukarnya. Kami sangat risau kerana terdapat pertandingan kawad kaki antara kelas. Memandangkan kelas kami, hanya tiga empat orang sahaja yang mempunyai asas dalam berkawad. Kelas kokurikulum kami setiap hari rabu pada pukul 2 hingga 5 petang (bayangkan nak kawad tengah-tengah panas 😫) Tapi Encik Aizam iaitu cikgu kokurikulum kami sangat memahami, beliau menyuruh kami berlatih di dalam dewan (yeayyy). 

                     

Pertandingan kawad kaki yang dipertandingkan ialah kawad kaki berirama dimana terdapat elemen kawad kaki statik dan kawad kaki formasi. Pada mulanya, kami berlatih kawad kaki asas terlebih dahulu bagi mengukuhkan asas kawad kaki sebelum berlatih membuat formasi. Untuk membuat formasi bukanlah mudah, kami perlu menyesuaikan pergerakan dengan lagu yang dipilih. Semakin menghampiri pertandingan, semakin kerap kami turun berlatih (semangat sikit nak menang hahaha). Pada hari pertandingan, kami sangat risau dan takut. Iyelah nak persembahkan depan juri dan pelajar-pelajar lain kan. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar :)

Disini, saya selitkan video kami semasa hari pertandingan kawad kaki berirama. Harap anda semua seronok menonton πŸ˜„ ! Tetapi saya ingin memohon maaf kerana videonya tidak sepenuhnya :'(
                                                                                                                                                        
                               
 Asas Kawad Statik


Formasi 1


Formasi 2


Tibalah masa untuk mengumumkan pemenangnya. Memang cuak dan risau muka sorang sorang hahaha. Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihan semua berlatih serta berkat doa semua orang, kami mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Berirama !🎈🎊

Muka-muka kegembiraan selepas beberapa minggu derita 🀣

Daripada kokurikulum kawad kaki ini, saya dapat mempelajari cara bekerjasama dalam kumpulan, melatih diri dalam mematuhi setiap arahan yang diberi serta membentuk disiplin diri yang lebih baik. Melalui kawad kaki juga, hubungan antara rakan sekelas menjadi lebih rapat serta dapat mengenali perangai masing-masing dengan lebih mendalam lagi (gittew hahaha)

Sampai disini sahaja cerita saya. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi kebaikan kepada semua. Terima kasih atas masa yang telah diluangkan. Semoga kita berjumpa lagi, bye 😘 !

Sabtu, 9 November 2019

Quality Time with FRIENDS πŸ’›πŸ’–πŸ’š !

Assalamualaikum dan hi semua ! Selamat kembali ke blog saya ! Mulakan hari anda dengan senyuman like this πŸ‘‡



Blog kalini saya ingin berkongsi cerita tentang kawan ! Setiap orang sudah pasti mempunyai kawan baik atau kawan rapat yang tersendiri. Sama juga seperti saya. Saya mempunyai kawan rapat sehingga sekarang kami masih lagi berhubung dan berjumpa. Pada mulanya, kami hanya berkawan biasa tetapi disebabkan satu kelas, kami semakin hari semakin rapat. Setiap kali raya, kami akan pergi beraya rumah ke rumah masing-masing. Rindunya kalau ingat zaman sekolah dulu (hahahaha). Pantang ada masa, mesti ajak lepak (sebab tahu bila dah besar, takkan ada masa untuk semua ni :( ). Kalau masa bulan puasa pula, akan ada satu hari yang kami akan keluar untuk berbuka bersama. Dari situ, hubungan kami semakin rapat walaupun masing-masing dah tak sama kelas. Tapi bila masing-masing dah habis sekolah, dah kerja, dah belajar, peluang nak jumpa tu terhad sangat. Iyelah masing-masing sibuk kan. Tapi kami akan pastikan yang kami akan jumpa juga walaupun sekejap (gigih bukan ? ). Masatulah semua benda nak cerita (jadi makcik bawang jap hahaha). Selagi tak habis cerita, selagi tu mulut tak diam (pot pet pot pet )🀣. Hm, ramai mana pun kawan dekat universiti, takkan sama dengan kawan sekolah. Kawan sekolah juga yang tetap dirindui gitu hihiks πŸ˜† Okay, mesti semua tak sabarkan nak tengok kawan kawan saya ? Ayuh kita tengok kawan kawan hingusan saya !


2014 : Form 2

Sambutan Hari Raya dekat sekolah. Kitaorang classmate tapi belum rapat lagi masani. Tataplah wajah wajah hingusan mereka 😜

Iftar bersama muka-muka hingusan 😝

2015 : Form 3

Celebrate birthday yang paling mudaaa (mijan) ! Bulan 12 kan πŸ™„

Sayang-sayang sayaaaaaaaa πŸ’œ
Mana mana muka diorang je haih hahaha


2016 : Form 4

Masani raya rumah cikgu Nazmi (cikgu sains sukan paling best !). Tengokla muka kami yang tak matang tu 🀣

Makan makan πŸ™Œ Tu puncaa seketul pau kat pipi tu hiks

2017 : Form 5
Tak plan pun nak jumpa, know know meet hahaha

Surprise birthday sehaaaa (tudung ungu)

                                   
Tamatlaa sudah zaman persekolahan yang ditunggu-tunggu hahaha.

2018 : Selepas SPM
Saat yang paling mendebarkan jeng jeng jeng ... Keputusan SPM dah keluar ! Alhamdulillah, kami semua memperoleh keputusan cemerlang 😊

Melawat seha di PLKN Mersing. Padahal kerja haritu, rehat terus datang jumpa. Rindunyaaa 😒
2019 : semakin membesar ya semua πŸ˜‚

Muka garang satu kali 😼 ! Masani diorang datang beraya rumah. Tak cukup semua tapi riuh macam sekampung hahaha 


                                      
                                            Jumpa budak bucuk ni before balik UKM 😫

Oleh itu, hargailah kawan-kawan anda yang masih setia dengan anda sehingga sekarang. Kawan yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Mudah untuk mencari kawan tapi bukan mudah untuk kita rapat dan bina persahabatan. Trust me, kenangan bersama kawan akan paling kita rindu apabila semua dah meningkat dewasa. Sibuk mana pun kita, pastikan ada masa untuk kawan walaupun sekejap. Sebab bila kita dah kerja nanti, dah ada keluarga, belum tentu ada masa untuk semua ni. Hm, saya rindu kawan kawan hingusan saya :'( πŸ‘«πŸ‘…

That's all from me. Hope you guys enjoy ! πŸ˜‰πŸ˜˜


Khamis, 7 November 2019

Mummy Turn 49 πŸŽˆπŸŽ‚ !

Assalamualaikum  dan hallu everybody ! 
Selamat datang saya ucapkan kepada yang baru menjengah blog biashe biashe saya 😁 Harap harap bermanfaat kepada anda semua !

Harini saya nak ceritakan tentang ...??? 

Surprisee party for MUMMY !!!


28 Oktober 2019 
Hari yang paling bermakna dan ditunggu-tunggu oleh kami adik beradik. Jeng jeng, hari kelahiran ibunda tercinta hiks πŸ’˜ ! Kebetulan, saya baru cuti sem hari ketiga dan semua adik beradik ada sebab cuti deepavalikan . Jadi apa nak ditunggu tunggu kan lagi kan ? Ayuh berjimba hahaha . Jarang jarang sambut semua orang ada. So, kami adik beradik plan nak surprisekan mak. Actually, birthday mak hari isnin tapi kami sambut awal sehari (taklah sehari berapa jam awal je hee πŸ˜…). Sebab masing masing esoknya dah keje hm. okay let's start ! Hari ahad tu, kami adik beradik pergi johor. Mak abah tak ikut sebab diorang ade hal masatu. Kitaorang plan nak sambut kat johorla, tapi sebab mak abah tak boleh ikut so tak jadi. So, kami pun berhora horayylaa adik beradik (seronok bukan menghabiskan duit ? πŸ˜‚). Tengah jalan jalan, then terpikir nak sambut malam tu jugala kiranya. Kami pun beli kek, beli hadiah, barang barang nak deco (excited bukan ?) sebab selalunya kalau plan nak buat mesti tak jadi hahaha. Dah siap siap beli semua terus gerak balik. Takut sampai rumah lambat sebab perjalanan mengambil masa 2 jam huaaa. Sampai kat rumah dalam pukul 9.30 macamtu, terus deco cepat cepat sebab takut mak abah balik. Mak abah makan kat luar masatu, malas masak sebab berdua je kan (dating berdua giteww, kasi chancelah hihihi). Tengah kelam kabut deco ni, tiba-tibaaaaaa ........ knock knock ! Pergh cuak gilaaaaa, ingatkan apa rupa-rupanya mak dah balik hahaha. Memang tak perasan pun bunyi kereta. Nasib baiklaa tak kantoi naa. Semua orang buat biasa je, macam taktau apa apa. Padahal semua tengah sibuk siapkan deco (gigihnyaa masing masing hahahaha). Kesian mak masatu, tengok tv sorang sorang je (sorry mak 😝). Deco siap, kek dah ready semua teruslahhhh surpriseeeee (sesi nyanyilahhh apa lagi) ! Muka mak memang terkejutlaa hahahaha. Happy gilaa bila tengok mak tersenyum lebar. Macam biasalah, suruh mak pakai tudung nak amik gambar hehe. Tak bergambar tak lengkap rasaa (ewahh). Selesai bergambar, sesi makan makan pula lepastu kemas kemas sebab masing masing kerja (alolo kesiannya) dan saya dibuli untuk menggosok baju kerja diorang 😭 Nasib baiklah sayang, kalau tak gosok sendiri (hahaha padan muka). Okay saya nak pesan ni, hargailah mak dan ayah anda selagi mereka masih ada. Bahagiakan, banggakan dan balas jasa mereka. Masa bersama mereka sangat bermakna dan sangat berharga yang tidak dapat dicari dimana mana. Luangkan masa bersama mereka, cipta memori-memori indah bersama. Sibuk mana pun kita, jangan sesekali abaikan mak dan abah yang banyak berkorban untuk kita. Trust me, kita akan rindu saat-saat ini apabila masing-masing dah kerja, dah belajar jauh. Dah dah, jom tengok gambar jom !

Deco simple simple jew ! Last minute plan kan πŸ€ͺ

Chocolate Indulgence, so yummy !πŸ˜‹
   
 1 2 smileeee πŸ“Έ ! 

Happy Birthday Mak ! Semoga mak sentiasa dilindungi, dipanjangkan umur dan sentiasa muda. Loveyou mak πŸ˜˜πŸ‘„


Saya ada pantun dua kerat buat kalian, baca elok elok tau. 

Hari hari naik beca, 
Terima kasihlah membaca πŸ˜‚

Jumpa lagi di next posting, stay tune πŸ™Œ!